Thursday, December 14, 2006

Kadar Tol Naik Lagi

entah.. aku pun tak faham kenapa kadar tol nak dinaikkan bukan 10SEN atau 20 sen tapi lebih drpd RM70SEN KE RM1. sAPALAH YG TAK ANGIN. kETE SEKARANG MAKIN ABNYAK TOL PUN DIA NAK NAIKKAN. tAK FAHAM BETULLAH. mCM NI DUIT GAJI ABIS KAT TOL jelah mcm ni. em..... entah sepatutnya tol2 ni semua kerajaan yg tanggung. Apa guna kita bayar tax setiap tahun tapi apa yg diaorang buat. Ni article yg aku dapat dr email aku

Tol di lima lebuh raya sekitar Kuala Lumpur naik antara 30 sen dan RM 1 mulai 1 Januari

Menteri Kerjaraya Datuk seri S Samy Vellu petang Khamis mengumumkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya sekitar Lembah Klang naik antara 30 sen dan RM1 mulai 1 Jan ini.

Lima lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

Kadar baru untuk kereta yang diklasifikasikan sebagai Kelas 1 adalah seperti berikut: LDP RM1.60 (naik 60 sen), Lebuhraya Shah Alam RM2.20 (naik 70 sen), Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1 dan (Batu 11) 90 sen (kedua-duanya naik 30 sen), Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) dan (Bentong) RM3 (naik 50 sen) dan Lebuhraya Koridor Guthrie RM1.40 (naik 40 sen).

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Lumpur,Samy Vellu berkata jika kerajaan membenarkan kesemua pemegang konsesi menaikkan kadar tol mengikut perjanjian, beban kepada pengguna adalah lebih berat, iaitu di LDP kenaikan mencecah RM2.10, Lebuhraya Shah Alam RM2.40, Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1.20 Batu 11 RM1.10 dan Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM8.80 dan (Bentong) RM3.70.

Bagi kelas lain, kadar baru tol di LDP, yang dibina pada harga RM1.5 bilion, ialah RM3.60 bagi kenderaan Kelas 2, RM5.40 (Kelas 3), 90 sen (Kelas 4) dan RM1.80 (Kelas 5).

Pengguna Lebuhraya Shah Alam, yang dibina pada kos RM1.3 bilion, perlu membayar RM3.30 (Kelas 2), RM4.40 (Kelas 3), RM1.10 (Kelas 4) dan RM1.70 (Kelas 5).

Bagi Lebuhraya Cheras Kajang yang dibina pada kos RM330 juta, pengguna di Batu 9, perlu membayar RM2 (Kelas 2 dan 3), 50 sen (Kelas 4) dan RM1 (Kelas 5). Tol di Batu 11 pula ialah RM1.80 (Kelas 2 dan 3), 50 sen (Kelas 4) dan 90 sen (Kelas 5).

Di Lebuhraya Koridor Guthrie, yang dibina pada harga RM862 juta, pengguna perlu membayar RM2.80 (Kelas 2), RM4.20 (Kelas 3), 70 sen (Kelas 4) dan RM1.40 (Kelas 5).

Di Lebuhraya KL-Karak yang menelan belanja RM500 juta, penggunanya di Gombak perlu membayar RM10 (Kelas 2), RM15 (Kelas 3), RM2.50 (Kelas 4) dan RM5 (Kelas 5). Di Bentong, pengguna perlu membayar RM6 (Kelas 2), RM9 (Kelas 3), RM1.50 (Kelas 4) dan RM3 (Kelas 5).

Kelas 1 adalah untuk kereta, Kelas 2 bagi lori kurang daripada satu tan, Kelas 3 lori besar dan treler; Kelas 4 teksi dan Kelas 5 bas.- 14/12/2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home